Friday, May 15, 2009

Sejarah Langkawi

Menurut sejarah Pulau Langkawi berasal daripada singkatan perkataan Lang iaitu sejenis burung dan dikaitkan dengan sejenis batu lama bernama kawi yang terdapat di Langkawi. Hasil dari gabungan kedua-dua perkataan ini telah membentuk perkataan Langkawi.

Pulau Langkawi sudah lama terkenal di kalangan ahli-ahli pelayaran dan perniagaan dari barat dan timur sejak abad ke 15 lagi sebagai sebuah pulau yang banyak mengeluarkan hasil rempah dan lada hitam yang sangat diperlukan oleh negara barat.

Laksamana Cheng Ho seorang ahli pelayaran Cina yang termashyur ada mencatatkan Pulau Langkawi di dalam peta pelayarannya ke Melaka dalam tahun 1405 sebagai Pulau Long~ya~kioo~yi. Menurut lagenda daripada seorang General Peranchis yang bernama Augustin De Beaulien dalam buku catatan pelayarannya bahawa dalam tahun 1621 beliau hendak belayar ke Queda (Kedah) tetapi oleh kerana arus terlalu deras, maka beliau terpaksa pergi ke Pulau Lanacui (Langkawi) untuk membeli lada dan berniaga di Langkawi

No comments:

Post a Comment